Wednesday, December 31, 2008

Salam Aspirasi

Assalamualaikum dan Salam Aspirasi

setelah lama menyepi daripada dunia blog ini. kini ketua jentera aspirasi kembali untuk bersama-sama siswa siswi berkongsi maklumat dan juga isu-isu yang berkaitan dengan kampus. mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat kembali ke kampus dan selamat menyambut tahun baru maal hijrah dan 2009.

semoga dengan kehadiran tahun baru ini, azam dan juga matlamat yang ingin kita semua capai dapatlah terlaksana hendaknya. kepada siswa siswi yang ingin bertanding dalam PRK yang akan datang, saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

jadilah calon MPP yang matanya celik, melihat kebajikan siswa siswi dan bukan hanya menjadi calon yang mulutnya ternganga. hanya pandai berkata-kata tetapi matanya tidak terbuka. biarlah isu yang ingin dibawa kelak rasional dan mampu diperjuangkan oleh kita semua. sesungguhnya pengalaman menjadi MPP adalah sesuatu anugerah yang tidak semua orang merasainya.

kepada calon-calon yang beraspirasikan universiti dan siswa siswi, saya berharap agar anda semua berjaya dalam perjuangan yang anda susuri ini. ingat, harapan rakan-rakan yang sentiasa bersama dengan anda amatlah tinggi. teruskan perjuangan dan jangan gentar. sesungguhnya aspirasi dibumi minden ini sentiasa segar dan akan terus mekar selari dengan moto kami memimpin.
saya aspirasi, dia aspirasi, kita aspirasi, semua aspirasi.
Muhammad Syukri Ibrahim
YDP MPPUSM 07/08
Sains Politik/3