Monday, October 13, 2008

siakap, senohong, gelama dan ikan duri (siri terakhir)

Assalamualaikum

Salam Aspirasi



Musyawarah dan Demokrasi? Ada persamaan dan perbezaan. Namun, masih terdapat penipu-penipu besar di dalam kampus yang terus berusaha untuk manipu siswa dan siswi melalui janji-janji dan hujah-hujah kosong. Berorentasikan perjuangan islam, membawa slogan islam syumul, menjadi pengemudi pembangkang tetapi suka menipu dan yang paling hangat sekarang adalah krisis identiti dalam kalangan mereka.

Kesian saya melihat perkara ini. Nak ditegur dan nasihat tidak berdaya. Kerana siapalah saya ini yang mahu menasihati mereka-mereka yang mulia itu sedangkan saya ini hanyalah pencuri banner. Tetapi saya mengharapkan sahaja supaya mereka tergerak hati untuk membaca komentar daripada saya.

Isu perbincangan permuafakatan kuasa dalam PRK masih lagi tidak reda sedangkan pihak Aspirasi Universiti sudah tawar hati dengan kejujuran dan ketelusan pihak pembangkang yang palsu. Tetapi, mereka masih mahu mencipta isu baru yang mana mereka mengatakan saya mahu menidakkan demokrasi dalam kampus melalui PKR.

Nak kata tak pandai baca tapi dah masuk universiti. APEX universiti lagi. Sudah jelas saya terangkan bahawa tujuan permuafakatan yang ingin diadakan hanyalah bertujuan membina perpaduan dalam kalangan siswa siswi di USM supaya kita dapat mengadakan PRK secara aman dan tidak perlu bertanding dan bergeseran antara satu sama lain. Nampak sangatlah mereka tidak suka akan perdamaian.

Bukankah elok kita berbincang secara damai tentang perkara ini? Tetapi pihak pembagkang sekeras-kerasnya mahukan pertandingan. Jadi kami juga bersedia untuk berlawan setelah pelawaan kami dikhianati mereka. Tetapi yang peliknya, mereka ini diketuai oleh insan yang mendukung perjuangan islam syumul tetapi lebih mementingkan demokrasi berbanding musyawarah.

Sama ada mereka lupa ataupun sengaja buat-buat lupa saya tidak pasti. Tetapi bukankah semasa pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin, konsep musyawarah yang digunakan dalam sistem syura untuk memilih Khalifah? Perkara ini saya pulangkan semula kepada pihak pembangkang untuk menilai dan merenung semula diri mereka. Yang mana satu sebenarnya yang mereka perjuangkan sebenarnya. Nampaknya mereka kini sedang mengalami krisis identiti yang sangat hebat. Mereka lebih menyokong idea barat berbanding islam. Manalah pergi pendirian mereka agaknya.

Demokrasi Demokrasi. Itu yang mereka perkatakan dan mengkritik apabila saya mengajak mereka bermusyawarah. Teruk juga saya dihentam di laman blog mereka berkenaan musyawarah secara damai yang saya pelawa mereka. Tetapi tidak mengapalah, saya yakin bahawa siswa siswi tidak mudah untuk diperdaya dengan perjuangan gelong mereka.

Nampak gayanya, mereka suka akan pantun siakap, senohong, gelama, ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri. Sedarlah siswa siswi, janganlah anda semua terus dibohongi mereka kerana lama-kelamaan mereka akan mencuri keamanan dan keharmornian kampus yang kita kecapi sekarang. Teruskanlah bersama Aspirasi Universiti kerana kami sentiasa seiring dan sejalan dengan universiti dan pada masa yang sama, kami juga sentiasa mengambil berat tentang kebajikan siswa siswi.

Harapan saya agar kampus sejahtera ini kekal lestari dan harmorni. Doa saya juga mengiringi perjuangan rakan-rakan dalam menimba ilmu dan semoga anda semua beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir nanti.

SAYA ASPIRASI, DIA ASPIRASI, MEREKA ASPIRASI, SEMUA APIRASI

KAMI MEMIMPIN = KITA ASPIRASI

Muhammad Syukri Ibrahim
Ketua Aspirasi USM
Sains Politik/3

10 comments:

Anonymous said...

paku dulang paku serpih,
mengata org lu yg lebih dude!
belajar rajin2...esk dah grade jgn mengganggur...pangkat kat univ x menjamin kerja yg diingini..sebab ada ex- student aka pemimpin pelajar "mewakili negara" dlm projek kjaan yg hebat n grand skrg nie masih tanam anggur :)
..selamat dtg ke dunia pekerjaan yg sebenarnye! good luck!jgn lupa amik exam ptd kalau nak post yg menarik dlm kjaan...

Anonymous said...

che mat..che mat..udah2 le..

Anonymous said...

>>Akn salu dgn aspirasi

Anonymous said...

assalamualaikum...salam ziarah!tahniah atas artikel yang menarik..cadangan saya kalau boleh artikel ini lebih akademik...salam perjuangan intelektual muda demi kelansungan demi cita-cita mahasiswa sejagat..

Anonymous said...

betul 2...sekurang-kurangya lakukanlah penyelidikan perpustakaan..barulah nampak pimpinan mahasiswa

Anonymous said...

adik che mat..belajar rajin-rajin..jangan bercinta atau berpolitik..mak ayah kat kg harapkan kejayan adik ni...
satu lagi...banyakkan menuntut ilmu agam ..perjalanan masih jauh..ilmu dunia tak bawa kat mana..ilmu akhirat akan menzahirkan diri kita ynag sebenar...
salam pepeiksaan..

Anonymous said...

assalamualaikum KETUA ASPIRASI.

salam ziarah buat anda..saya agak keliru dengan artikel ini.pihak mana yang hentam pihak mana ntahlah..tgk pada artikel ni mcm nk hentam org, bkn bsifat akademia. keikhlasan sebenarnya diukur dengan kesabaran..klu xpcaya, bacalah hadis pertama ya..

Anonymous said...

salam KETUA ASPIRASI.

pertamanya saya nk tanya..sape yang bg anda kuasa nk wat percaturan dalam PRK? anda cakap nk musyawarah, tapi siapakan anda? sedangkan PRK ini dekelolai oleh SPRK. sebelum anda ingin meneruskan niat ikhlas anda itu, anda patut terangkan status anda yang sebenar, baru orang akan nmpak keikhlasan anda.. tp pandangan saya, demokrasi ada kebaikannyan. klu tidak,tkknlah Malaysia pun mengamalkan demokrasi. adakah saudara nk kata Malaysia ni mengamalkan sistem barat?bukan sistem islam sebagaimana sebuah negara islam?..

SEKADAR PANDANGAN BUAT CHE MAT TERSAYANG..2.4EQ

Anonymous said...

silap tu pantun tu siakap jenohong gelam ikan duri , bbercakap bohong lama-lama jadi menteri ...

Anonymous said...

huhuhuhu!!! kambing mu Che mat