Sunday, October 19, 2008

Masuk Bakul Angkat Sendiri : Kami Memimpin

Assalamualaikum rakan-rakan pejuang Aspirasi

Salam Aspirasi untuk siswa siswi bersatu



Kami Memimpin. Perkataan itu telah saya dukung sejak bergelar siswa USM. Demi membawa nama USM diperingkat Nasional dan global, saya berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya melalui kepimpinan siswa (MPPUSM). Hal ini terbukti apabila kepimpinan yang saya ketengahkan mendapat kepercayaan rakan-rakan YDP MPP seMalaysia dengan melantik saya sebagai timbalan jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Dalam MPPK, suara MPPUSM sememangnya gah dan selalu didengari. Kami telah membawa isu Pembangunan Lestari untuk disebarkan dalam kalangan siswa siswi seMalaysia. Hasilnya telah dapat dilihat semasa konvensyen IPTA seMalaysia. Isu pembangunan lestari telah menjadi agenda utama dalam perbincangan serta mendapat perhatian Kementerian dan media. Inilah kualiti MPPUSM Aspirasi Universiti.

MPPUSM Aspirasi Universiti telah membawa isu PTPTN yang mana ianya merupakan isu sensitif diperingkat IPTA/S. Kami telah mendesak kementerian untuk mengisytiharkan PTPTN itu riba’ ataupun sebaliknya. Hasilnya dapat dilihat beberapa minggu kemudian apabila Menteri KPT sendiri telah mengumumkan PTPTN itu tidak riba’ melalui perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

MPPUSM juga giat memperjuangkan isu pemotongan RM1500.00 kepada siswa siswi baru. Kami telah menyuarakan perkara itu secara langsung dan berserta surat kepada pihak KPT dan kini, KPT sedang mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung perkara tersebut. Apa yang kami tuntut adalah, pemotongan itu dilakukan setiap semester bagi meringankan bebanan siswa siswi. (RM500.00/semester)

Selain itu, kepimpinan saya juga telah mendapat kepercayaan Y.A.B.Perdana Menteri untuk menjadi PANEL penasihat perpaduan negara. PANEL ini merupakan sumber rujukan utama Y.A.B. PM dalam menyelesaikan masalah perpaduan. Hanya dua orang siswa sahaja yang dipilih menjadi PANEL dan salah seorangnya adalah YDP MPPUSM 07/08 yang telah dilantik selama dua tahun untuk berada dalam PANEL itu.

Hasil daripada perlantikan ini, selain daripada pandangan dan saranan berhemah yang saya utarakan, USM juga telah berjaya dipilih sebagai tuan rumah Konvensyen Perpaduan Siswa yang dalam cadangannya akan diadakan pada januari depan. Perkara ini merupakan hasil usaha YDP MPPUSM dalam membawa dan menjaga nama baik universiti.

Pada Jumaat lepas, saya telah berlepas ke Sabah untuk menghadiri meyuarat PANEL tersebut. Perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan penggubalan Akta Perhubungan Kaum. Disebabkan perkara ini, saya tidak dapat menyampaikan khutbah pada Jumaat yang lepas kerana mesyuarat tersebut lambat dimaklumkan kepada saya. Namun, saya tetap akan menyampaikannya pada minggu ini.

Kepada mereka yang menyokong Aspirasi Universiti, janganlah kita mengikut rentak pihak pembangkang. Biarlah mereka lakukan apa yang mereka suka. Kita teruskan agenda Aspirasi Universiti. Bersama univeriti menjulang bintang meraih mercu. Saya mendoakan agar semua siswa siswi USM berjaya dengan cemerlang pada peperiksaan akhir yang bakal menjelang tiba.

Saya Aspirasi, Dia Aspirasi, Mereka Aspirasi, Semua Aspirasi

Muhammad Syukri Ibrahim
YDP MPPUSM 07/08
Sains Politik/3

6 comments:

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Saya kagum dengan sdr kerana semangat, ideologi dan keberanian sdr dalam memimpin.

Sebenarnya Aspirasi di IPTA ketandusan orang seperti sdr.

Aspirasi kini hanya ada pemimpin yang tidak boleh atau tidak layak bergelar pemimpin.

Mereka hanya suka-suka dan tidak serius dalam memperjuangkan sesuatu.

Sebab itulah ramai yang berpendirian Aspirasi ini amat kotor, jijik dan hanya tahu mengampu semata-mata.

Jika setiap pemimpin Aspirasi memiliki semangat dan keberanian seperti para pemimpin pro-M, saya yakin Aspirasi akan menjadi pilihan pertama mahasiswa.

Ini tidak, jika para pemimpin Aspirasi yang dilihat cuba untuk berani dan bersemangat, tentu ada sahaja yang kata poyo dan sebagainya.

Harapan saya agar sdr dapat 'mendidik' lebih ramai generasi atau barisan pelapis yang lebih berketrampilan dan bersemangat juang.

*Sudikanlah melawat blog saya dan memberi komen seadanya. TQ.



Ikhlas,


Sarfarizmal Saad
Bekas SUK Ketua Aspirasi UKM
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Anonymous said...

ape la bodoh sgt ko nih. blajar pun tak abeh. pointer 2.4 ckp banyak. haram jadah. berani aprove. klu dah bodoh bodoh jugak

Anonymous said...

huduh sungguh ce mat nih... doh ler.

duk bual sano-sini...

nasib baik tahun ni ore lain ambik alih mpp..

kelek ler mu che mat..

kelik jago lembu rumoh,,,

Edryna Wanie said...

lama tak update blog??
update laa.....

Anonymous said...

2.4???? memimpin ape bende??

Anonymous said...

dari korg cari saloh org lain..baik tgk diri sendiri..lg huduh peragai org hok cbuk jago tepi kain org lain..pahtu,xleh tgk bangso sendiri berjayo..bengong sungguh nate itu..